1.0 PENGENALAN
Dasar Perlindungan Data Peribadi (“Dasar”) ini menjelaskan bagaimana Audex Governance Sdn Bhd (“Audex”) mengendalikan Data Peribadi individu yang berurusan dengan Audex. Dasar ini adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”).

Dasar ini terpakai kepada semua pelanggan, pembekal dan pekerja kami. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang dijelaskan dalam Dasar ini. Kami tidak dapat memberikan perkhidmatan kami kepada anda atau mempertimbangkan anda untuk sebarang peluang pekerjaan atau melantik anda sebagai pembekal kami sekiranya anda tidak bersetuju dengan penggunaan atau pemprosesan Data Peribadi anda oleh pihak kami. Sila hubungi Pegawai Pematuhan PDPA kami sekiranya anda tidak bersetuju dengan penggunnaan Data Peribadi anda oleh pihak kami.

2.0 PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Data Peribadi adalah maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda. Ini termasuk maklumat-maklumat yang boleh digunakan untuk mengenalpasti atau menghubungi anda. Untuk mengelak sebarang keraguan, Dasar ini hanya terpakai sekiranya anda adalah seorang individu. Data Peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat-maklumat berikut:

  • Butir-butir peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, jantina, bangsa, agama, pendidikan, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, status perkahwinan, pekerjaan, gambar, maklumat perbankan dan sebagainya;
  • Butir-butir hubungan kecemasan seperti alamat, nombor telefon, nombor telefon bimbit, nombor faks, alamat e-mel dan sebagainya;
  • Maklumat-maklumat lain yang telah dikumpul atau yang mungkin akan dikumpul oleh Audex atau yang telah diberikan kepada kami dari masa ke masa untuk sebarang perkhidmatan, transaksi, soal selidik atau sebarang komunikasi dengan kami; dan
  • Data Peribadi daripada agensi pelaporan kredit, agensi kerajaan, laporan biro kredit dan sebagainya.

3.0 PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI
Audex mengumpul Data Peribadi anda secara langsung dan tidak langsung melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Daripada Pelanggan Sedia Ada atau Pelanggan Berpotensi
Untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan kami dengan cekap dan berkesan, Audex mengumpul dan memproses Data Peribadi sebagaimana yang diperlukan untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Untuk memproses permintaan anda untuk mendapatkan sebut harga kami, memahami keperluan anda dan menawarkan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan anda;
  • Untuk berkomunikasi dengan anda mengenai perkhidmatan kami;
  • Untuk membalas sebarang pertanyaan yang dikemukakan oleh pelanggan;
  • Untuk tujuan pentadbiran termasuk pengebilan, pembayaran dan pengutipan hutang;
  • Untuk tujuan insuran;
  • Untuk tujuan pemprosesan data;
  • Untuk permohonan visa sekiranya anda berurusan di luar negara;
  • Untuk melindungi hak dan harta kami dan pengguna kami untuk mematuhi peruntukan-peruntukan undang-undang;
  • Untuk tujuan pengurusan risiko;
  • Untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan keselamatan;
  • Untuk menyimpan rekod sebagaimana yang dikehendaki dan dibenarkan oleh undang-undang dan standard professional atau untuk tujuan keselamatan, tuntutan dan sebagainya;
  • Untuk tujuan-tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang atau dengan kebenaran anda; dan
  • Untuk tujuan-tujuan yang berkait dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.

b. Daripada Penjual, Pembekal dan Pembekal Perkhidmatan yang Sedia Ada atau yang Berpotensi

  • Audex mengumpul dan memproses Data Peribadi untuk tujuan pengaksesan, pemilihan dan pentadbiran penjual, pembekal barangan dan pembekal perkhidmatan dan untuk mengendalikan premis supaya ia adalah selamat dan terjamin.

c. Daripada Pekerja Sedia Ada atau Pekerja Berpotensi

  • Audex mengumpul dan memproses Data Peribadi untuk tujuan pengambilan pekerja dan mengemaskini maklumat pekerja-pekerja dalam fail peribadi sama ada diperuntukkan oleh Akta Kerja 1955 atau tidak.

d. Daripada Pihak Ketiga

  • Data Peribadi mungkin akan dikumpul daripada pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau berkait dengan pelanggan atau pekerja kami dan sumber-sumber lain yang mana anda telah memberikan kebenaran untuk pendedahan Data Peribadi tersebut atau seperti mana yang dibenarkan oleh undang-undang.

4.0 PENDEDAHAN DATA PERIBADI
Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kami kepada pelanggan, kami mungkin akan diminta untuk mendedahkan Data Peribadi kepada pihak-pihak ketiga seperti yang berikut:

  • Pelanggan yang melantik kami untuk memberikan perkhidmatan kami atau untuk pihak kami (seperti juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, perunding, kontraktor, penasihat professional dan sebagainya) yang melibatkan Data Peribadi anda;
  • Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, agensi kerajaan atau pihak ketiga untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau permintaan daripada pihak berkuasa yang berkaitan, majlis tempatan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia Securities Berhad, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sebagainya;
  • Syarikat-syarikat atau organisasi-organisasi yang membantu kami dalam pemprosesan atau memenuhi transaksi dan memberi perkhidmatan kami kepada anda atau pelanggan kami;
  • Pihak-pihak lain yang memberikan perkhidmatan bersama untuk tujuan yang berkaitan dengan pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi tetapi tertakhluk kepada undang-undang (termasuk peraturan, panduan dan/atau undang-undang kecil) yang terpakai kepada Audex; dan
  • Data Peribadi mungkin juga akan didedahkan kepada pihak-pihak lain yang mana anda telah memberikan persetujuan anda kepada pihak tersebut, selaras dengan kehendak undang-undang, mahkamah, pengawal selia atau proses undang-undang untuk mendedahkan Data Peribadi tersebut.

Untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan kami kepada anda, Audex mungkin perlu memindahkan Data Peribadi ke luar negara sekiranya pelanggan atau rakan perniagaan kami yang terlibat dalam perkhidmatan tersebut berada di luar negara atau sekiranya anda berada di luar negara dan memerlukan perkhidmatan kami. Kami akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan pemindahan Data Peribadi adalah terjamin.

5.0 HAK UNTUK AKSES DAN MEMBETULKAN DATA PERIBADI

Selaras dengan Akta tersebut, individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan Data Peribadi mereka yang dipegang oleh kami sekiranya mereka berpendapat bahawa Data Peribadi tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan terkini. Anda boleh menulis kepada Audex dengan menghubungi Pegawai Pematuhan PDPA kami di maklumat seperti yang tertera di Seksyen 10 di bawah.

Apabila anda menghantar permintaan untuk mengakses dan membetulkan Data Peribadi, sila bekalkan kami dengan bukti identiti, alamat atau maklumat-maklumat lain untuk membolehkan kami mengesahkan identiti anda. Apabila kami menerima permintaan anda, kami mungkin akan mematuhi (tertakhluk kepada penerimaan fi nominal yang dibenarkan oleh undang-undang) atau menolak permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda. Kami akan memaklumkan kepada anda sebab-sebab penolakan permintaan tersebut sekiranya kami menolak permitaan anda atau mengenakan bayaran untuk memproses permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang untuk membiayai kos pentadbiran kami.

6.0 INTEGRITI DATA PERIBADI

Audex akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan Data Peribadi yang dikumpul, diguna atau didedahkan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan yang terkini. Kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Data Peribadi yang diberikan kepada kami.

7.0 PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Audex akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk melindungi Data Peribadi yang dipegang daripada kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran, pengubahan atau pemusnahan.

8.0 PENYIMPANAN DATA PERIBADI

Data Peribadi yang dikumpul akan disimpan selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulan atau yang dibenarkan oleh undang-undang.

9.0 BAHASA

Dasar versi Bahasa Inggeris akan terpakai sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Dasar versi Bahasa Malaysia dan Dasar versi Bahasa Inggeris.

10.0 PERHUBUNGAN

Butir perhubungan Pegawai Pematuhan PDPA kami adalah seperti berikut:
(a) E-mel : PDPA@audex.com.my
(b) Alamat : B-10-15, Block B, Megan Avenue II,
12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(c) Telefon : +603 2166 1229
(d) Faks : +603 2166 8229

11. SEMAKAN DASAR
Kami akan meminda Dasar ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami. Dasar versi terkini akan terpakai dan menggantikan versi-versi sebelumnya. Kami akan mengemaskini laman web kami dari masa ke masa sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Dasar ini.

Laman web kami mempunyai pautan kepada laman-laman web pihak ketiga. Dasar ini terpakai kepada laman web Audex sahaja dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga. Audex tidak akan bertanggungjawab ke atas amalan privasi laman web pihak ketiga. Kami menggalakkan anda untuk membaca Dasar Perlindungan Data Peribadi mereka.